Sunday

MAKLUMAT SYARIKAT - LATAR BELAKANG SYARIKAT BEST MOBILE BERHAD



1) LATAR BELAKANG PERKHIDMATAN & SYARIKAT



BESTMobile akan diuruskan oleh BESTMobile Malaysia Berhad sebuah syarikat bumiputera dengan modal dibenarkan sebanyak RM10 juta. Melalui syarikat iaitu Cellular Motion Sdn Bhd, BESTMobile telah menandatangani perjanjian dengan Friendi Mobile sebuah syarikat milik Virgin Mobile dan Kumpulan Peransang Selangor untuk membangunkan satu konsep perniagaan B Brand. Friendi Mobile akan menjadi teknologi partner manakala BESTMobile akan menjadi marketing arm yang akan membangunkan program ini.



Program ini menawarkan perkhidmatan talian telefon kepada pengguna menggunakan nombor awalan 011-38 dengan menggunakan rangkaian UMobile sebagai rangkaian teras. BESTMobile juga akan menggunakan Nama Penyedia Perkhidmatan (SPN) - MYBEST iaitu nama rangkaian yang tertera di telefon pengguna rangkaian ini.

Struktur organisasi BESTMobile terdiri dari 7 orang pengarah dengan pelbagai latarbelakang termasuk yang berpengalaman dalam bidang oil & gas, perbankan, perundangan dan telekomunikasi.

Kami percaya, industri ini adalah industri yang unik di mana ia merupakan kombinasi antara teknologi telekomunikasi dan sistem pemasaran pintar. Sebab itu kami mahu perkembangan ahli harus dibantu oleh teknologi yang mampu mengimbangi keperluan pasaran. Kami bukan sahaja memiliki sistem SMS sendiri malah kami juga memiliki sistem USSD. Sistem kami disokong oleh teknologi Virgin Mobile yang jauh lebih canggih. Sebagai makluman dalam menjalankan bisness ini,BEST MOBILE akan berkolaborasi dengan FRiENDi yang merupakan sebuah MVNO kepada U MOBILE.

2) FRiENDi MOBILE

FRiENDi mobile Malaysia bukan sekadar pembekal perkhidmatan telekomunikasi tetapi kami juga bertanggungjawab dalam menguruskan segala urusan dan masalah telekomunikasi bagi memastikan telekomunikasi menjadi lebih mudah dan senang untuk anda. Kami akan memastikan anda kekal berhubung dan memastikan anda berpuas hati dalam semua aktiviti komunikasi.

Bermula dari 2013, sebagai Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih atau MVNO, kami menggunakan rangkaian mudah alih dari U Mobile. Kami menyediakan pakej telekomunikasi yang terbaik bagi memenuhi keperluan anda.

Friendi mobile Malaysia merupakan anak syarikat dari syarikat telekomunikasi terkemuka Virgin Mobile MEA, Kumpulan Perangsang Selangor dan Samena Telecom. Kumpulan ini terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam kepelbagaian latar belakang dari segi pendidikan, pengalaman dan kemahiran. Dengan segala kepakaran yang kami ada, kami memberi jaminan pengalaman yang hebat akan melangkaui jangkaan anda.

Kami amat berbesar hati mempunyai anda sebagai pelanggan. Kami akan terus berusaha dalam memastikan anda sentiasa teruja menjadi sebahagian yang terbaik dalam matlamat kami.

3) VIRGIN MOBILE MEA.

FRiENDi adalah pemegang Network Service Provider (NSP) Lesen Individu bertarikh 8 Februari 2012 daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Application Service Provider (ASP) Lesen Kelas untuk mengendalikan dan menyediakan perkhidmatan sebagai Mobile Virtual Network Operator (MVNO) di Malaysia 

4) LATAR BELAKANG CEO BEST MOBILE COMMUNICATION BERHAD

Tuan Mohd Fadillah bin Haji Mat Said (MFS) berpengalaman lebih 15 tahun dalam industri telekomukasi. Memulakan kerjaya di salah sebuah syarikat telekomunikasi terulung di malaysia pada tahun 1999. Berpengalaman luas dalam bidang Mobile Data, Consumer InSight dan Mobile Marketing. Juga berpengalaman bekerjasama dengan beberapa Telco di dunia antaranya Vodafon India, Globe telecom Philipina, Excelcom Indo dan Indosat di Indonesia, TurkCell di Turkey, Azercell di Arzerbaijian, serta beberapa telco lain seperti MTNL, AirTell dan Aircel di India. Beliau juga terlibat dalam pembangunan beberapa projek utama antaranya ialah M2U Mobile, Aplikasi SMS Color, Celcom Intergrated Business Solution dan pembangunan sistem Mobile Advertising serta terlibat secara langsung dalam pembangunan sistem pengedaran salah sebuah jenama syarikat telekomunikasi sekitar tahun 2007.

5) VISI BEST MOBILE

Menyediakan satu peluang terbaik bagi menyempurnakan impian setiap orang melalui satu platform perniagaan legasi.

6) MISI BEST MOBILE

Untuk memastikan platform perniagaan legasi ini menjadi satu kerjaya pilihan yang mampu dimiliki dan disempurnakan melalui pelan latihan serta pembangunan yang menyeluruh dan komprehensif. Ianya juga harus menepati keperluan setiap golongan yang bersama kami dan di rangkakan untuk menjadi yang terbaik di dalam industri 

7) LOKASI SYARIKAT BEST MOBILE 

BESTMOBILE MALAYSIA BERHAD 
Bestmobile Center Of Excellence
No 9, Jalan Penguasa U1/53A, Glenmarie
Shah Alam, 54100 Selangor

HOTLINE : 03 2780 3870
LAMAN WEB : http://www.bestmobileofficial.com/

No comments:

Post a Comment